Sunday 24 February 2013

Tuna Sandwich

kali ni admin post resepi sandwich yang agak menarik bagi admin.sedap .memang betol-II umphh!
sekali cuba pasti nak lagi (ekeke..iklan jap).bagi orang bujang macam admin ni resepi macam ni la yang mampu admin buat.(promote jap) :P bole la cuba buat guys...

TUNA SANDWICH



Bahan-bahan :
roti gardenia ( keping)
cawang besar(cincang halus)
cili padi(mayang halus)
1 sudu besar sos tomato
lada sulah/lada hitam
tuna chunk in oil (tin kecil)
tomato(hiris bulat)
timun(hiris cantik-II)
3 sudu besar mayonis
garam sedikit
mentega

Cara-cara :

  • tapiskan isi tuna dan masukkan ke dalam mangkuk
  • masukkan bawang besar , cili padi , sos tomato , lada sulah , garam sedikit dan juga mayonis.
  • bakar roti dahulu.bagi sedap sikit.
  • sapu roti dengan mentega , salad , timun , tomato , dan tuna . apit semula dengan kepingan roti lain.
akhirnya , sedia untuk dihidangkan !
simplekan?? selamat mencuba !


Sandwich Telur Mayonis

ni admin resepi yang paling mudah bagi admin setakat ni.tak payah nak guna tenaga + masa yang lama nak buat resepi kali ni.seswai untuk hidangkan bagi tetamu yang datang bertandang kat rumah.buat makan petang dengan family lagi lah seswai kot.dapat eratkan hubungan sesama keluarga tao!yang ada kids kat rumah lagilah sebab kids memang suka makan-makan benda yang simple-simple macam ni...

SANDWICH TELUR MAYONIS



Bahan-bahan :
roti
5 biji telur rebus
6 sudu besar mayonis
sedikit garam halus
sedikit gula halus

*bahan tambahan :
setangkai daun sup (hiris halus-II)
timun(potong kecik-II)
tomato(potong kecik-II)
cili merah(potong kecik dan buang bijinya)
majerin

Cara-cara :
  • hancurkan telur rebus sehancur-hancurnya
  • masukkan mayonis diikuti dengan daun sup dan juga cili merah tadi.gaulkan.
  • sapu roti dengan majerin
  • letak campuran telur tadi ke atas roti
  • letak timun dan tomato ke atas roti
Siap dan hidangkan :)
cepat and easymake kan??
selamat mencuba !

Roti Goreng Berudang

salam olls ~
ni nak kongsi resepi yang tak lain tak bukan resepi yang berasaskan roti :) . kenapa roti??sebab admin memang suka makan roti . (hikhik) . jom ! tinjau resepi untuk petang ni . nanti bolehla cuba-cuba buat kat rumah :)

ROTI GORENG BERUDANG






Bahan-bahan :
6 ekor udang besar (dicincang)
lobak merah (dicincang)
daun bawang (dicincang)
3/4 sudu garam halus
1 biji telur
1 sudu kecil tepung jagung
4 keping roti
minyak goreng

Cara-cara :

  • masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali roti dan minyak.gaul sehingga rata.
  • bahagikan roti kepada 4 bahagian.sapukan dengan campuran udang.
  • goreng roti dengan campuran udang sehingga masak. 
and done untuk resepi kali ni.mudahkan?? :D