Friday 22 February 2013

Roti Cheese Boom

Hye ollz . Petang ni nak kongsi satu lagi resepi yang memang sedap plus mudah nak buat .Tak perlu guna masa yang lama nak buat . Nak tau resepi apa?? jom tengok bawah :)

ROTI CHEESE BOOM

                                                         (   nampak nyum-nyumkan?   )

Bahan-bahan :
roti bantal atau roti keping
cheesedale
susu pekat

Cara buat :
  1. mula-mula sapukan susu pekat ke atas roti.
  2. kemudian kita letakkan sekeping cheesedale ke atas roti tersebut.
  3. bakar roti tersebut di dalam oven selama 20-30 saat dengan kepanasan 60'c-90'c.
  4. then keluarkan dan susun atas pinggan.
    * tadaa...siap dah roti kita.lagi sedap kalau makan time panas-panas.memang                                terasa rangupnya roti-roti tuu. Okayy selamat mencuba! :D

Roti Daging Roll

kring..kringgggggggggg
breakfast time..
hari nie nak kongsi resepi untuk breakfast...brekafast ala mat saleh gitu..
korang kalau pagi-pagi bangun tidur mesti pergi dapur cari makanan kan?? so try tgk nie

ROTI DAGING ROLL



Bahan-bahan :
500 g tepung roti
100 g gula pasir
15 g yis kering
40 g susu tepung
10 g bread improver
1 biji telur
30 g shortening/lemak sayuran
25 g butter
½ sudu kecil garam
250 ml air dingin

Inti :
 250 g daging lembu hancur
Garam
Gula              
Serbuk kari
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih

 Hiasan :
lada benggala dipotong dadu,keju mozarella dan cheddar

cara nak buat roti :
simple jer..Tumis daging sehingga garing kemudian masukkan bahan yang lain dan goreng sampai masak..



Cara nak sedia roti :
  • 1. Dengan menggunakan mesin pengadun, masukkan semua bahan kering. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit. Kemudian masukkan telur,shortening dan air dingin, adun doh hingga sebati dan akhirnya masukkan butter dan garam. Tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adun sehingga doh benar-benar kembang.
  • 2.  Sekiranya menggunakan tangan,masa yang digunakan adalah 25 minit dan 15 minit bagi menggunakan mesin.
  • 3.   Tutup bekas adunan dengan tuala basah bagi mengelakkan doh kering dan letakkan pada suhu luar yang panas selama 40 – 60 minit untuk direhatkan sehingga doh naik sekali ganda.
  • 4.   Setelah kembang, keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung dan kaup dengan kedua-dua tangan untuk membuang gelembung angin.
  • 5.   Canai doh menjadi segi empat panjang setebal 0.7 mm berukuran 30 cm x 40cm. Sapu mentega cair dan inti daging. Gulung doh memanjang seperti baulu gulung. Potong gulungan tersebut 1.5 cm setiap satu. Rehatkan doh tersebut buat kali kedua selama 40 – 60 minit sehingga doh naik sekali ganda.
  • 6.  Tabur lada benggala, keju mozzarella dan cheddar. Bakar di dalam ketuhar yang telah   dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200ÂșC selama 20 minit sehingga roti keemas-emasan. Keluarkan roti.

and then roti sudah siap..masa untuk makan..selamat mencuba..:)