Sup !

SUP CENDAWAN
 

salam guys...
ni nak post untuk resepi sup yang senang je nak buat.ringkas dan menyelerakan . tak perlu nak guna duit banyak pun nak buat benda ni.memang seswai jugak untuk seisi keluarga... 

SUP CENDAWAN



Bahan-bahan :
susu cair 1/2 tin
cendawan butang 1 tin
1 sudu garam
2 ketul kiub know perisa ayam
6 sudu besar tepung jagung
3 liter air

Cara-cara :
  • panaskan air sehingga mendidih dan masukkan  cendawan butang yang dah dipotong kecil-kecik.
  • masukkan susu cair dalam periuk dan kecilkan api agar sup tidak meruap
  • masukkan kiub know perisa ayam , garam dan 6 sudu besar tepung jagung.       
  • sedia untuk dihidangkan !






 SUP BEBOLA MAKANAN LAUT

 salam sume..
kat tempat admin nie asyik hujan jr...
nampaknya, musim tengkujuh xhbes lg la..
time ujan2 gini, terasa la lpar nk mkan 2 la, nie la..perut asyik bnyi kruk..kruk..jr
so nie admin nk post satu ag resepi.. ..sape2 yg mlas nk msak sgt 2, boleh la try.. 

SUP BEBOLA MAKANAN LAUT






  • Bahan-bahan :

    750 ml air
    1 paket sup makanan laut
    100 gm pasta berwarna ( direbus & ditoskan )
    100 gm udang
    10 biji bebola ikan
    10 biji bebola soto
    1 biji kentang
    3 helai daun selasih
    3 sudu besar minyak jagung
    sedikit pudina
     3 ulas bawang putih (dihiris)
    2 ulas bawang merah (dihiris)

    Cara-cara :
  •    Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang hiris hingga berbau.
  •    Tuangkan air, serbuk sup makanan laut dan kentang.
  •   Apabila mendidih, masukkan udang, bebola ikan dan bebola sotong.
  •    Kemudian masukkan pasta, lobak merah dan masak lagi hingga mendidih.
  •    Angkat dan taburkan daun selasih. Hiaskan dengan daun pudina.
dah siap kita punya sup..senang kan? bleh la hilangkan bnyi kruk..kruk 2...

SUP AYAM 

ni salah satu resepi sup yang menjadi kesukaan admin tau . memang sedap sangat-sangat .  buat makan dengan roti keping pun sedap . simple + menarik rasa sup ayam ni . nak-nak makan time panas-panas , memang superb la guys ! :D

SUP AYAM



Bahan-bahan :

2 bahagian paha ayam dipotong kecil
1 biji kentang dipotong 6
1/2 btg carot dipotong 4
2 cwn air 
daun bawang
daun sup
1 sup bunjut adabi
1/2 kiub ayam maggi 
bawang goreng
garam secukup rase
1 btg kulit kayu manis 
1 biji bunga lawang 
1 biji buah pelaga
1/2 biji bawang besar dimayang 
1 biji bawang putih dimayang 
1/2 inci halia dimayang
Cara-cara :
  • tumis bahan-II rempah mengikut turutan dr kulit kayu manis hingga halia sampai naik bau atau kekuning-II an
  • masukkan ayam yg dah dibasuh (hilang bau ayam boleh dibasuh sedikit tepung gandum)
  • masukkan air
  • masukkan sup bunjut,kentang,carrot n kiub ayam n letakkan sekali garam secukup rase
  • biarkan hingga mendidih atau masak ayam tersebut.boleh kacau sekali-sekala..
  • dah masak ayam,kentangg dan carrot dah empuk boleh la tutup api dan taburkan bawang goreng,daun bawang,daun sup (option daun ketumbar) dah boleh dihidang bersama nasi panas
 


SUP KENTANG DENGAN CRAB STICK

admin post resepi ni sebab ada crab . admin memang suka sangat-II makan crab . hehe .hantu crab gitu . :)
so , u olls yang mana nak cuba tu bole try buat kat rumah . memang sedap . kompen u olls akan tertarik dengan rasa sup ni . jom tengok bawah macam mana nak buat resepi ni .

SUP KENTANG DENGAN CRAB STICK


Bahan-bahan :
2 batang crab stick
5 biji kentang sederhana
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar mentega
1 sk lada hitam
2 batang crabstick yang dah masak (hiasan)
2 cawan santan (susu cair tin punya lagi bagus)

Cara-cara :
  • rebus kentang bagi empuk dulu
  • blender dengan bawang merah , baawang putih dan juga crabstick yang belum dimasak
  • masukkan ke dalam periuk yang telah diblender tadi berserta susu cair
  • masukkan pula mentega .
  • perasakan dengan sedikit garam , lada hitam dan kiub ayam
  • masak sehingga pekat mengikut cita rasa masing-masing
dah siap dan boleh la dihidangkan . seswai makan time panas-II . lazat gitu :D

No comments:

Post a Comment