Resepi untuk kali ni memang agak simple.Tak perlu masa yang lama nak buat.Orang cakap pejam mata pun boleh buat. Sesuai untuk buat breakfast atau untuk makan waktu petang.Memang sedap.Nyum-nyum gituu. :) Bahan-bahan untuk resepi ni pun mudah nak cari.Ala yang asas-asas je.Tak nak cakap banyak , check it out guys .....
CHICKEN SANDWICH
Bahan-bahan :
2 ketul dada ayam.
1/2 biji lada benggala.
1/2 labu bawang besar.
1/2 biji timun jepun.
1 batang celery.
tomato + kubis + salad
Cheddar cheese
Roti(tak kisah roti ape pun ) .
Sos thousand Island.
Buah zaitun jeruk.
Sos bbq
Sos tomato
Sos cili
mayonise
Cara buat :
+ rebus ayam dengan bawang putih , lada hitam dan garam (sikit je)sampai ayam enpuk.
+Lepas tu isi ayam kita siat-siat.Ketepikan dulu.
+hiris sayuran nipis-nipis.
+amik roti dan sapukan dengan sedikit butter . letak kepingan keju atas roti tersebut.
+isikan dengan isi ayam yang dah disiat-siat
+alas roti dengan foil aluminium dan masukkan ke dalam oven selama 5 minit (tunggu smapai keju cair).
+taburka sayur-sayuran yang telah dihiris.
+letakkan sos mengikut selera masing-masing.
+dan tadaaa ! siap sudah CHICKEN SANDWICH yang sedap tu :D
No comments:
Post a Comment