Monday, 25 February 2013

Bebola Roti

Assalamualaikum dear readers :)
sekarang cuaca tak menentu . sekejap panas , sekejap hujan . spoil kadang-II dibuatnya tapi nak buat camne dah memang ketetapan-Nya berlaku sume tu .
Okay , back to the topic , ni admin nak kasi korang satu lagi resepi roti yang sedap !

BEBOLA ROTI






Bahan-bahan :

1 kg tepung roti
100 gm ibu roti
4 gelas air
10 biji telur(dipukul sebati)
1 camca garam
2 camca serbuk lada sulah
4 biji bawang besar(potong dadu)
3 biji cili merah(potong dadu)
3 biji cili hijau(potong dadu)

Cara-cara :

  • pukul telur bersama lada sulah , bawang besar , cili merah , cili hijau dan juga garam .
  • goreng telur dan hancur-II kan . ketepikan
  •  uli tepung bersama air , garam dan ibu roti . biarkan sampai roti naik 
  • bulat-II kan tepung tadi dan goreng sehingga kering .
  • angkat dan sejukkan . potong tenggah-II roti lalu masukkan inti tepur kedalamnya .
okay guys , siap pun resepi kali ni !
selamat mencuba :)


Sunday, 24 February 2013

Tuna Sandwich

kali ni admin post resepi sandwich yang agak menarik bagi admin.sedap .memang betol-II umphh!
sekali cuba pasti nak lagi (ekeke..iklan jap).bagi orang bujang macam admin ni resepi macam ni la yang mampu admin buat.(promote jap) :P bole la cuba buat guys...

TUNA SANDWICH



Bahan-bahan :
roti gardenia ( keping)
cawang besar(cincang halus)
cili padi(mayang halus)
1 sudu besar sos tomato
lada sulah/lada hitam
tuna chunk in oil (tin kecil)
tomato(hiris bulat)
timun(hiris cantik-II)
3 sudu besar mayonis
garam sedikit
mentega

Cara-cara :

  • tapiskan isi tuna dan masukkan ke dalam mangkuk
  • masukkan bawang besar , cili padi , sos tomato , lada sulah , garam sedikit dan juga mayonis.
  • bakar roti dahulu.bagi sedap sikit.
  • sapu roti dengan mentega , salad , timun , tomato , dan tuna . apit semula dengan kepingan roti lain.
akhirnya , sedia untuk dihidangkan !
simplekan?? selamat mencuba !


Sandwich Telur Mayonis

ni admin resepi yang paling mudah bagi admin setakat ni.tak payah nak guna tenaga + masa yang lama nak buat resepi kali ni.seswai untuk hidangkan bagi tetamu yang datang bertandang kat rumah.buat makan petang dengan family lagi lah seswai kot.dapat eratkan hubungan sesama keluarga tao!yang ada kids kat rumah lagilah sebab kids memang suka makan-makan benda yang simple-simple macam ni...

SANDWICH TELUR MAYONIS



Bahan-bahan :
roti
5 biji telur rebus
6 sudu besar mayonis
sedikit garam halus
sedikit gula halus

*bahan tambahan :
setangkai daun sup (hiris halus-II)
timun(potong kecik-II)
tomato(potong kecik-II)
cili merah(potong kecik dan buang bijinya)
majerin

Cara-cara :
  • hancurkan telur rebus sehancur-hancurnya
  • masukkan mayonis diikuti dengan daun sup dan juga cili merah tadi.gaulkan.
  • sapu roti dengan majerin
  • letak campuran telur tadi ke atas roti
  • letak timun dan tomato ke atas roti
Siap dan hidangkan :)
cepat and easymake kan??
selamat mencuba !

Roti Goreng Berudang

salam olls ~
ni nak kongsi resepi yang tak lain tak bukan resepi yang berasaskan roti :) . kenapa roti??sebab admin memang suka makan roti . (hikhik) . jom ! tinjau resepi untuk petang ni . nanti bolehla cuba-cuba buat kat rumah :)

ROTI GORENG BERUDANG






Bahan-bahan :
6 ekor udang besar (dicincang)
lobak merah (dicincang)
daun bawang (dicincang)
3/4 sudu garam halus
1 biji telur
1 sudu kecil tepung jagung
4 keping roti
minyak goreng

Cara-cara :

  • masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali roti dan minyak.gaul sehingga rata.
  • bahagikan roti kepada 4 bahagian.sapukan dengan campuran udang.
  • goreng roti dengan campuran udang sehingga masak. 
and done untuk resepi kali ni.mudahkan?? :D

Saturday, 23 February 2013

Roti Telur Mata Kerbau

Anyeong-haseyo :D (cuba cakap korea jap )
admin nak kongsi satu resepi yang agak menarik.(bagi admin la)
nampak macam menyelerakan je..u olls bole la cuba-cuba buat...mudah je pun ...

ROTI TELUR MATA KERBAU





Bahan-bahan :
roti keping secukupnya
telur ayam
mayonis/garlic spread/butter
lada sulah/lada hitam 
sedikit daun sup

Cara-cara :

  • mula-mula lubangkan tengah roti.(guna gelas pun takpe.)
  • amik roti yng berlubang tu lapik dengan roti yang tak berlubang.maksudnya akan ada dua lapis roti dengan lubang kat tengah.
  • sapukan mayonis ataupun garlic spread kat tengah roti.nak letak cheese pun takpe.ikut selera masing-masing la.
  • pecahkan telur ke dalam lubang roti
  • bakar dalam masa 20 minit sehingga telur masak.

 mudah kan?? :D

Honey Roasted Almond

pin! pin!
sape kat sini suka makan snack??hari ni admin nak ajar cara buat snack yang memang superdelicious !
memang gempak habis . takkan nak beli je snack kat kedaikan?. lebih baik buat senndiri.tak perlu nak spend duit banyak-banyak nak beli snack tu.membazir je . kalau buat sendiri pun bagus pe. :P

HONEY ROASTED ALMOND


Bahan-bahan :
2 cawan almond ( kulit jangan buang tau)
1/4 cawan gula halus
1 sudu besar garam
1 sudu besar madu
2 sudu besar air
2 sudu besar minyak(kalau vegetable oil lagi bagus)

Cara-cara :
  • bakar almond dalam oven dalam suhu 180'c dalam masa 112-15 minit (jangan sampai hangus pulak )
  • biarkan almond tu sejuk dulu
  • gaulkan garam dan gula halus dalam mangkuk
  • panaskan kuali dengan madu , minyak dan air
  • masukkan almond tadi dan kacau samapi kering dalam masa 5 minit
  • terus masukkan campuran gula dan garam tadi
  • gaul sehingga rata .
Done :D

Roti Telur Inti Melt Cheese

hye guys . entri pagi ni kami nak kongsikan satu lagi resepi yang seperti biasa mudah dan sedap untuk disediakan . tak sukar mana pun nak buat . sebelah tangan pun bole buat (hehehe) . okay , jom check it out guys !

ROTI TELUR INTI CHEESE


Bahan-bahan :
8 keping roti keping
cheese slide
butter
3 biji telur (dipukul dan sedikit garam)

Cara-cara :
  • potong bahagian tepi roti (kerak dia)
  • letakkan cheese ke atas roti tersebut
  • lapik lagi sekeping roti atas kepingan roti dan cheese tadi  
  • then , potong roti tadi kepada 4 bahagian
  • cairkan butter ke dalam non-stick frying pan
  • golekkan roti ke dalam butter.jangan lama-lama takut jadi lembik.
  • angkat dan goreng semula sampai rangup.
 okay . done ! sekarang bole la dimakan :D

Friday, 22 February 2013

Roti Cheese Boom

Hye ollz . Petang ni nak kongsi satu lagi resepi yang memang sedap plus mudah nak buat .Tak perlu guna masa yang lama nak buat . Nak tau resepi apa?? jom tengok bawah :)

ROTI CHEESE BOOM

                                                         (   nampak nyum-nyumkan?   )

Bahan-bahan :
roti bantal atau roti keping
cheesedale
susu pekat

Cara buat :
  1. mula-mula sapukan susu pekat ke atas roti.
  2. kemudian kita letakkan sekeping cheesedale ke atas roti tersebut.
  3. bakar roti tersebut di dalam oven selama 20-30 saat dengan kepanasan 60'c-90'c.
  4. then keluarkan dan susun atas pinggan.
    * tadaa...siap dah roti kita.lagi sedap kalau makan time panas-panas.memang                                terasa rangupnya roti-roti tuu. Okayy selamat mencuba! :D

Roti Daging Roll

kring..kringgggggggggg
breakfast time..
hari nie nak kongsi resepi untuk breakfast...brekafast ala mat saleh gitu..
korang kalau pagi-pagi bangun tidur mesti pergi dapur cari makanan kan?? so try tgk nie

ROTI DAGING ROLL



Bahan-bahan :
500 g tepung roti
100 g gula pasir
15 g yis kering
40 g susu tepung
10 g bread improver
1 biji telur
30 g shortening/lemak sayuran
25 g butter
½ sudu kecil garam
250 ml air dingin

Inti :
 250 g daging lembu hancur
Garam
Gula              
Serbuk kari
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih

 Hiasan :
lada benggala dipotong dadu,keju mozarella dan cheddar

cara nak buat roti :
simple jer..Tumis daging sehingga garing kemudian masukkan bahan yang lain dan goreng sampai masak..



Cara nak sedia roti :
  • 1. Dengan menggunakan mesin pengadun, masukkan semua bahan kering. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit. Kemudian masukkan telur,shortening dan air dingin, adun doh hingga sebati dan akhirnya masukkan butter dan garam. Tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adun sehingga doh benar-benar kembang.
  • 2.  Sekiranya menggunakan tangan,masa yang digunakan adalah 25 minit dan 15 minit bagi menggunakan mesin.
  • 3.   Tutup bekas adunan dengan tuala basah bagi mengelakkan doh kering dan letakkan pada suhu luar yang panas selama 40 – 60 minit untuk direhatkan sehingga doh naik sekali ganda.
  • 4.   Setelah kembang, keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung dan kaup dengan kedua-dua tangan untuk membuang gelembung angin.
  • 5.   Canai doh menjadi segi empat panjang setebal 0.7 mm berukuran 30 cm x 40cm. Sapu mentega cair dan inti daging. Gulung doh memanjang seperti baulu gulung. Potong gulungan tersebut 1.5 cm setiap satu. Rehatkan doh tersebut buat kali kedua selama 40 – 60 minit sehingga doh naik sekali ganda.
  • 6.  Tabur lada benggala, keju mozzarella dan cheddar. Bakar di dalam ketuhar yang telah   dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200ÂșC selama 20 minit sehingga roti keemas-emasan. Keluarkan roti.

and then roti sudah siap..masa untuk makan..selamat mencuba..:)



Thursday, 21 February 2013

Chicken Sandwich

Resepi untuk kali ni memang agak simple.Tak perlu masa yang lama nak buat.Orang cakap pejam mata pun boleh buat. Sesuai untuk buat breakfast atau untuk makan waktu petang.Memang sedap.Nyum-nyum gituu. :) Bahan-bahan untuk resepi ni pun mudah nak cari.Ala yang asas-asas je.Tak nak cakap banyak , check it out guys .....

CHICKEN SANDWICH

                                       
Bahan-bahan :
2 ketul dada ayam.
1/2 biji lada benggala.
1/2 labu bawang besar.
1/2 biji timun jepun.
1 batang celery.

tomato + kubis + salad
Cheddar cheese
Roti(tak kisah roti ape pun ) .
Sos thousand Island.
Buah zaitun jeruk.
Sos bbq
 Sos tomato
 Sos cili
mayonise


Cara buat :

rebus ayam dengan bawang putih , lada hitam dan garam (sikit je)sampai ayam enpuk.
+Lepas tu isi ayam     kita siat-siat.Ketepikan dulu.
+hiris sayuran nipis-nipis.
+amik roti dan sapukan dengan sedikit butter . letak kepingan keju atas roti tersebut.
+isikan dengan isi ayam yang dah disiat-siat
+alas roti dengan foil  aluminium dan masukkan ke dalam oven selama 5 minit (tunggu smapai keju cair).
+taburka sayur-sayuran yang telah dihiris.
+letakkan sos mengikut selera masing-masing.
+dan tadaaa  ! siap sudah CHICKEN SANDWICH yang sedap tu :D

Wednesday, 20 February 2013

Wassup wassup ~ dapur kami berasap. Ehem-ehem!Buat kaki-kaki gila memasak kat luar sana tu.Ye awak ler yang tengah baca tu!.Tak payah susah-susah lagi nak perabis duit beli buku-buku resepi coz kitorang akan publish resepi-resepi yang orang kata bakal buat air liur awak-awak semua menitis .Hahaha....tak nak membebel lagi ,nanti makin merapu pulak jadinya.So boleh la tengok-tengok entri-entri kami tuu .