Monday, 25 February 2013

Bebola Roti

Assalamualaikum dear readers :)
sekarang cuaca tak menentu . sekejap panas , sekejap hujan . spoil kadang-II dibuatnya tapi nak buat camne dah memang ketetapan-Nya berlaku sume tu .
Okay , back to the topic , ni admin nak kasi korang satu lagi resepi roti yang sedap !

BEBOLA ROTI






Bahan-bahan :

1 kg tepung roti
100 gm ibu roti
4 gelas air
10 biji telur(dipukul sebati)
1 camca garam
2 camca serbuk lada sulah
4 biji bawang besar(potong dadu)
3 biji cili merah(potong dadu)
3 biji cili hijau(potong dadu)

Cara-cara :

  • pukul telur bersama lada sulah , bawang besar , cili merah , cili hijau dan juga garam .
  • goreng telur dan hancur-II kan . ketepikan
  •  uli tepung bersama air , garam dan ibu roti . biarkan sampai roti naik 
  • bulat-II kan tepung tadi dan goreng sehingga kering .
  • angkat dan sejukkan . potong tenggah-II roti lalu masukkan inti tepur kedalamnya .
okay guys , siap pun resepi kali ni !
selamat mencuba :)


Sunday, 24 February 2013

Tuna Sandwich

kali ni admin post resepi sandwich yang agak menarik bagi admin.sedap .memang betol-II umphh!
sekali cuba pasti nak lagi (ekeke..iklan jap).bagi orang bujang macam admin ni resepi macam ni la yang mampu admin buat.(promote jap) :P bole la cuba buat guys...

TUNA SANDWICH



Bahan-bahan :
roti gardenia ( keping)
cawang besar(cincang halus)
cili padi(mayang halus)
1 sudu besar sos tomato
lada sulah/lada hitam
tuna chunk in oil (tin kecil)
tomato(hiris bulat)
timun(hiris cantik-II)
3 sudu besar mayonis
garam sedikit
mentega

Cara-cara :

  • tapiskan isi tuna dan masukkan ke dalam mangkuk
  • masukkan bawang besar , cili padi , sos tomato , lada sulah , garam sedikit dan juga mayonis.
  • bakar roti dahulu.bagi sedap sikit.
  • sapu roti dengan mentega , salad , timun , tomato , dan tuna . apit semula dengan kepingan roti lain.
akhirnya , sedia untuk dihidangkan !
simplekan?? selamat mencuba !


Sandwich Telur Mayonis

ni admin resepi yang paling mudah bagi admin setakat ni.tak payah nak guna tenaga + masa yang lama nak buat resepi kali ni.seswai untuk hidangkan bagi tetamu yang datang bertandang kat rumah.buat makan petang dengan family lagi lah seswai kot.dapat eratkan hubungan sesama keluarga tao!yang ada kids kat rumah lagilah sebab kids memang suka makan-makan benda yang simple-simple macam ni...

SANDWICH TELUR MAYONIS



Bahan-bahan :
roti
5 biji telur rebus
6 sudu besar mayonis
sedikit garam halus
sedikit gula halus

*bahan tambahan :
setangkai daun sup (hiris halus-II)
timun(potong kecik-II)
tomato(potong kecik-II)
cili merah(potong kecik dan buang bijinya)
majerin

Cara-cara :
  • hancurkan telur rebus sehancur-hancurnya
  • masukkan mayonis diikuti dengan daun sup dan juga cili merah tadi.gaulkan.
  • sapu roti dengan majerin
  • letak campuran telur tadi ke atas roti
  • letak timun dan tomato ke atas roti
Siap dan hidangkan :)
cepat and easymake kan??
selamat mencuba !

Roti Goreng Berudang

salam olls ~
ni nak kongsi resepi yang tak lain tak bukan resepi yang berasaskan roti :) . kenapa roti??sebab admin memang suka makan roti . (hikhik) . jom ! tinjau resepi untuk petang ni . nanti bolehla cuba-cuba buat kat rumah :)

ROTI GORENG BERUDANG






Bahan-bahan :
6 ekor udang besar (dicincang)
lobak merah (dicincang)
daun bawang (dicincang)
3/4 sudu garam halus
1 biji telur
1 sudu kecil tepung jagung
4 keping roti
minyak goreng

Cara-cara :

  • masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali roti dan minyak.gaul sehingga rata.
  • bahagikan roti kepada 4 bahagian.sapukan dengan campuran udang.
  • goreng roti dengan campuran udang sehingga masak. 
and done untuk resepi kali ni.mudahkan?? :D

Saturday, 23 February 2013

Roti Telur Mata Kerbau

Anyeong-haseyo :D (cuba cakap korea jap )
admin nak kongsi satu resepi yang agak menarik.(bagi admin la)
nampak macam menyelerakan je..u olls bole la cuba-cuba buat...mudah je pun ...

ROTI TELUR MATA KERBAU





Bahan-bahan :
roti keping secukupnya
telur ayam
mayonis/garlic spread/butter
lada sulah/lada hitam 
sedikit daun sup

Cara-cara :

  • mula-mula lubangkan tengah roti.(guna gelas pun takpe.)
  • amik roti yng berlubang tu lapik dengan roti yang tak berlubang.maksudnya akan ada dua lapis roti dengan lubang kat tengah.
  • sapukan mayonis ataupun garlic spread kat tengah roti.nak letak cheese pun takpe.ikut selera masing-masing la.
  • pecahkan telur ke dalam lubang roti
  • bakar dalam masa 20 minit sehingga telur masak.

 mudah kan?? :D

Honey Roasted Almond

pin! pin!
sape kat sini suka makan snack??hari ni admin nak ajar cara buat snack yang memang superdelicious !
memang gempak habis . takkan nak beli je snack kat kedaikan?. lebih baik buat senndiri.tak perlu nak spend duit banyak-banyak nak beli snack tu.membazir je . kalau buat sendiri pun bagus pe. :P

HONEY ROASTED ALMOND


Bahan-bahan :
2 cawan almond ( kulit jangan buang tau)
1/4 cawan gula halus
1 sudu besar garam
1 sudu besar madu
2 sudu besar air
2 sudu besar minyak(kalau vegetable oil lagi bagus)

Cara-cara :
  • bakar almond dalam oven dalam suhu 180'c dalam masa 112-15 minit (jangan sampai hangus pulak )
  • biarkan almond tu sejuk dulu
  • gaulkan garam dan gula halus dalam mangkuk
  • panaskan kuali dengan madu , minyak dan air
  • masukkan almond tadi dan kacau samapi kering dalam masa 5 minit
  • terus masukkan campuran gula dan garam tadi
  • gaul sehingga rata .
Done :D